Perubahan SSM

**Dikenali sebagai SSM Change Info, Tukar Info SSM, Perubahan SSM, Perubahan Alamat Perniagaan SSM, ubah maklumat ssm, tambah cawangan SSM.

Ubah Maklumat SSM

Pendaftaran perubahan maklumat perniagaan:

Ubah Alamat Perniagaan

  • Pilih perubahan maklumat ssm /  ubah alamat perniagaan ssm yang anda ingin mengubah. Ini boleh termasuk alamat syarikat, alamat surat-menyurat, atau sebarang maklumat lain yang berkaitan dengan alamat perniagaan.
  • Isi di ruang yang disediakan (change info ssm) dengan maklumat alamat yang baru atau terkini. Pastikan anda memasukkan maklumat yang tepat dan benar.
  • Setelah anda mengemaskini maklumat alamat, semak semula maklumat tersebut dan pastikan maklumat adalah betul dan tepat. Kemudian, hantar permohonan perubahan alamat perniagaan tersebut.
  • Staff incharge akan memeriksa permohonan perubahan alamat perniagaan anda. Proses ini mungkin memakan masa 1 hingga 2 hari atau lebih bergantung kepada jenis perubahan yang anda lakukan. Pihak kami akan menghubungi anda jika terdapat sebarang isu atau maklumat tambahan yang diperlukan.

 

Perubahan Jenis Perniagaan

  • Pilih jenis perniagaan yang baru yang ingin anda daftar untuk syarikat anda. Pastikan jenis perniagaan yang anda pilih adalah yang tepat dan sesuai dengan aktiviti perniagaan syarikat.
  • Selain daripada jenis perniagaan, anda mungkin perlu mengemaskini maklumat lain yang berkaitan dengan perubahan ini, seperti maklumat mengenai pemilik syarikat, alamat perniagaan, dan lain-lain.
  • Setelah anda mengemaskini maklumat, semak semula maklumat tersebut dan pastikan maklumat adalah betul dan tepat. Setelah semakan di buat, permohonan akan di proses sehingga mendapat kelulusan.

 

Ubah Maklumat Cawangan

  • Pilih tambah atau padam cawangan ssm yang ingin anda kemaskini maklumatnya.
  • Isi maklumat atau padam maklumat diruang yang disediakan dengan maklumat cawangan yang baru atau terkini. Pastikan untuk memasukkan maklumat yang tepat dan benar.
  • Setelah anda mengemaskini maklumat cawangan, semak semula maklumat tersebut dan pastikan maklumat adalah betul dan tepat.

 

Ubah Maklumat Pemilik atau Rakan Kongsi

  • Pilih maklumat pemilik atau rakan kongsi yang ingin anda kemaskini, termasuk alamat mereka.
  • Isi maklumat pemilik atau rakan kongsi diruang yang disediakan dengan maklumat alamat pemilik atau rakan kongsi yang baru atau terkini. Pastikan untuk memasukkan maklumat yang tepat dan benar.
  • Setelah anda mengemaskini maklumat pemilik atau rakan kongsi, semak semula maklumat tersebut dan pastikan maklumat adalah betul dan tepat.

 

Jika pelanggan pertama Kali mendaftar perniagaan SSM

  1. Staf incharge Akan mendaftarkan akaun EzBiz untuk pelanggan jika pelanggan belum mempunyai akuan EzBiz serta meminta dokumen tambahan untuk membuat akuan EzBiz terlebih dahulu, dokumen tambahan adalah seperti (gambar kad pengenalan depan/belakang, gambar muka sedang memegang kad pengenalan, 1 gambar dokumen sokongan seperti lesen memandu atau sijil lahir atau sijil nikah).
  2. Staff incharge juga akan meminta pelanggan memilih tarikh Dan masa janjitemu sesi video call bersama pegawai SSM Untuk proses verifikasi.
  3. Selepas verifikasi selesai, pelanggan boleh menunggu 2-5 Hari bekerja untuk proses pendaftaran selesai. Staf bertugas mungkin Akan menghubungi lagi pelanggan sekiranya Ada maklumat-maklumat Dalam borang Yang perlu penjelasan lanjut atau perlu diubah sedikit atau sebagainya.
  4. Sijil SSM yg telah diluluskan Akan dihantar ke emel pelanggan Dalam format PDF.

 

Jika pelanggan pernah mendaftar perniagaan SSM sebelum ini,

  1. Staf bertugas Akan memaklumkan kepada pelanggan untuk melihat Email inbox untuk melihat username dan password sementara Yang telah dihantar oleh sistem SSM.
  2. Username Dan password sementara itu perlu dibenarkan diberi kepada staf bertugas supaya staf bertugas dapat meneruskan proses pendaftaran seterusnya
  3. Pelanggan boleh menunggu 2-5 Hari bekerja untuk proses pendaftaran selesai. Staf bertugas mungkin Akan menghubungi lagi pelanggan sekiranya Ada maklumat-maklumat Dalam borang Yang perlu penjelasan lanjut atau perlu diubah sedikit atau sebagainya.
  4. Masa kelulusan bergantung kepada maklumat Dalam borang permohonan.
  5. Sijil SSM yg telah diluluskan Akan dihantar ke emel pelanggan Dalam format PDF.
  6. Hanya untuk Perniagaan Tunggal dan Perkongsian sahaja. Syarikat SDN BHD, PLT, LLP, KLINIK, SYARIKAT GUAMAN, Negeri SABAH dan Negeri SARAWAK tidak boleh menggunakan borang ini.

 

Pentadbiran SSM dalam talian mungkin berubah dari masa ke semasa, jadi pastikan anda merujuk kepada panduan dan arahan yang terkini di laman web mereka. Anda juga boleh hubungi kami jika ada sebarang pertanyaan.

Jika ada pertanyaan sila whatsapp kami segera di talian 011-19525295  atau anda boleh terus membuat pelbagai permohonan di website yang kami sediakan. Staff incharge akan segera hubungi anda pada hari yang sama anda membuat permohonan. Terima kasih

Shopping Cart