Tambah kod bidang MOF

Borang

Tambah kod bidang MOF

TAMBAH KOD BIDANG MOF

LANGKAH-LANGKAH PERMOHONAN LESEN KEWANGAN, KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA (MOF)

1. MENGISI BORANG PERMOHONAN

Pelanggan mengisi borang permohonan yang terdapat di dalam laman web ini

2. PERMOHONAN DISEMAK

Pihak kami akan menyemak borang permohonan dan akan memberi maklumat tentang syarat-syarat kelayakan tambahan yang perlu dipatuhi.

3. DOKUMEN DIHANTAR

Pelanggan perlu menghantar dokumen yang diperlukan kepada pihak kami

4. PERMOHONAN DIPROSES

Pihak kami akan menghantar borang permohonan yang lengkap untuk diproses oleh sistem perolehan Kementerian Kewangan Malaysia

5. PENERIMAAN SIJIL LESEN KEWANGAN

Permohonan yang telah lulus akan mendapat sijil. Pihak kami akan menghantar sijil kepada pelanggan melalui email.

 

Bagi pendaftaran syarikat dengan Kementerian Kewangan Malaysia (KKM / MOF), maksima kod bidang yang dibenarkan adalah 30 kod bidang. Sebagai contoh; Sekarang syarikat anda berdaftar 10 kod bidang, maka anda layak untuk membuat tambahan 20 kod bidang lagi.

​Situasi kedua:

Jika syarikat anda telah berdaftar sebanyak 25 kod bidang & anda perlukan 10 kod bidang tambahan, maka anda perlu membuat pembatalan 5 kod bidang sediada. Kemudian, mohon untuk tambahan 10 kod bidang yang baru.

​Terdapat syarat-syarat asas bagi syarikat milikan tunggal (Enterprise) atau perkongsian.

Antaranya:

Jenis perniagaan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) perlu selari dengan bidang pendaftaran di MOF. Selain itu, hanya 46 kod bidang sahaja yang dibenarkan bagi perniagaan yang beralamat di rumah kediaman.

 

Jabatan kerajaan yang mengeluarkan pembelian terus, sebut harga & tender akan menetapkan kod bidang dengan merujuk kepada jenis bekalan & perkhidmatan. Oleh itu, syarikat yang berdaftar dengan kod bidang berkaitan sahaja layak untuk turut serta dalam urusniaga itu, anda juga boleh tambah kod bidang MOF tersebut.

 

Menakutkan? Tak perlu takut.. Kami ada jalan penyelesaian & cara terbaik untuk syarikat anda. Menjadi tanggungjawab kami untuk pastikan urusan tambahan kod bidang syarikat anda dengan Kementerian Kewangan Malaysia berjalan lancar & mendapat kelulusan.

​Kami berpengalaman sekian lama menguruskan permohonan tambahan kod bidang syarikat dengan Kementerian Kewangan Malaysia. Apa yang lebih penting bagi kami adalah permohonan pelanggan kami mendapat kelulusan dalam tempoh yang singkat tanpa menyusahkan mereka.

​Dah sedia untuk mohon tambah kod bidang bagi syarikat anda? Hubungi kami atau isikan Borang Permohonan. Dalam tempoh kurang dari 24 jam, pegawai kami akan hubungi anda bagi membantu proses tambah kod bidang syarikat anda dengan Kementerian Kewangan Malaysia.

 

 

Shopping cart