Renew Lesen Kewangan MOF

PEMBAHARUAN (RENEW) LESEN KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA (MOF)

 

Lesen Kewangan MOF

1. MENGISI BORANG PERMOHONAN PEMBAHARUAN (RENEW) LESEN KEWANGAN MOF

Pelanggan mengisi borang permohonan perbaharui lesen kewangan MOF yang terdapat di dalam laman web ini

2. PERMOHONAN DISEMAK

Pihak kami akan menyemak borang permohonan dan akan memberi maklumat tentang syarat-syarat kelayakan tambahan yang perlu dipatuhi.

3. DOKUMEN PEMBAHARUAN (RENEW) LESEN KEWANGAN MOF DIHANTAR

Pelanggan perlu menghantar dokumen yang diperlukan kepada pihak kami.

4. PERMOHONAN PEMBAHARUAN MOF DIPROSES

Pihak kami akan menghantar borang permohonan yang lengkap untuk diproses oleh sistem perolehan Kementerian Kewangan Malaysia.

5. PENERIMAAN SIJIL LESEN KEWANGAN MOF

Permohonan yang telah lulus akan mendapat sijil. Pihak kami akan menghantar sijil kepada pelanggan melalui emel dan whatsapp dengan segera.

Cara untuk perbaharui dengan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF)?

Ianya adalah bergantung kepada jenis syarikat & kod bidang tersebut. Anda juga boleh terus mengisi borang Pembaharuan Lesen Kewangan yang disediakan, setelah mengisi borang tersebut pihak kami akan menghubungi anda pada hari yang sama selepas anda mengisi borang. Jika ada pertanyaan berkenaan pembaharuan MOF sila whatsapp kami, untuk kami bantu anda.

 

Tempoh sah laku Lesen Kementerian Kewangan, adalah:

Tempoh sah laku adalah 3 tahun. Anda perlu perbaharui (Renew) Lesen Kewangan MOF sebelum tamat tempoh. Kegagalan memperbaharui lesen MOF akan menyebabkan pendaftaran akan terbatal.

 

Tambah Kod Bidang MOF

Apa itu permohonan tambah kod bidang MOF?

Proses kod bidang tambahan ke dalam sijil / lesen kewangan MOF sedia ada.

Apa perbezaan antara kod bidang biasa dan kod bidang khas?

Kod bidang biasa tidak memerlukan lawatan tapak manakala kod bidang khas memerlukan lawatan tapak oleh pegawai MOF. Maklumat lanjut, sila rujuk artikel Kod Bidang Biasa VS Kod Bidang Khas Lesen Kewangan.

Berapa kadar bayaran untuk permohonan tambah kod bidang MOF?

Kadar bayaran kod bidang MOF berjumlah RM200

Bilakah permohonan tambah kod bidang MOF boleh dibuat?

Pada bila-bila masa selagi sijil/lesen MOF masih sah tempoh.

Berapa jumlah kod bidang MOF yang boleh didaftarkan?

Maksima adalah 30 jenis kod bidang.

Bolehkan daftar kod bidang bekalan/perkhidmatan dan kod bidang perunding dalam satu sijil?

Tidak boleh. Kod bidang bekalan/perkhidmatan tidak boleh didaftarkan bersama-sama dengan kod bidang perunding. Jika syarikat telah mendaftar sijil/lesen MOF dalam kod bidang bekalan/perkhidmatan, syarikat perlu membuat pendaftaran MOF baru untuk firma perunding dan memohon kod bidang perunding.

Apa sebab utama permohonan tambah kod bidang ditolak?

Kod bidang yang dipilih tidak selari dengan jenis perniagaan (nature of business) yang didaftarkan di dalam SSM syarikat. Sila rujuk artikel Teknik Pemilihan Kod Bidang MOF.

Bagaimana cara untuk mengenalpasti kod bidang MOF?

Terdapat 6 digit nombor pada setiap kod bidang. Dua nombor pertama menentukan samada kod bidang tersebut adalah kod bekalan atau kod bidang perkhidmatan (01 sehingga 21: Kod Bekalan & 22: Perkhidmatan). Sebagai contoh; Kod bidang 040102 adalah kod bidang bekalan makanan dan 221001 adalah kod bidang perkhidmatan pembersihan bangunan dan pejabat. Bagi kod bidang perunding, ianya bermula dengan nombor 33 dan 34.

Apakah kod bidang rumah kediaman?

Kod bidang rumah kediaman (45 jenis pilihan kod bidang sahaja) bermaksud kod bidang yang layak untuk perniagaan yang beroperasi/beralamat di rumah kediaman sahaja.

Bolehkah syarikat daftarkan kod bidang yang sama di dalam dua syarikat yang dimiliki oleh pemilik/staf yang sama?

Tidak boleh. Pendaftaran sijil/lesen MOF tidak membenarkan syarikat menggunakan kod bidang yang sama di dalam syarikat yang berbeza yang dimiliki oleh pemilik/kakitangan yang sama. Hal ini bertujuan untuk mengelakkan berlakunya pakatan harga.

Koperasi dikecualikan dari syarat di atas.

Kemaskini Profil Syarikat MOF

Jika syarikat membuat perubahan saham dan pertambahan pengarah, adakah perlu untuk syarikat isytiharkan dengan MOF?

Ya. Diwajibkan untuk syarikat membuat permohonan kemaskini profil dengan MOF bagi memastikan maklumat syarikat sentiasa selari dengan rekod SSM.

Jika terdapat perubahan alamat syarikat di SSM, adakah akan menjejaskan alamat yang didaftarkan dengan MOF sebelum ini?

Jika berlaku perubahan alamat syarikat, pengarah/pengurus perlu membuat permohonan kemaskini profil dengan MOF bagi mendapatkan sijil yang baru mengikut alamat yang didaftarkan.

Adakah syarat untuk permohonan kemaskini profil sama dengan dengan syarat permohonan baru?

Tidak. Tiada syarat ditetapkan untuk permohonan kemaskini profil. Ianya bergantung kepada perubahan yang berlaku di dalam syarikat.

Apa dokumen yang diperlukan untuk permohonan kemaskini profil?

Bergantung kepada dokumen yang dipinda atau yang berkenaan sahaja.

Tempoh kelulusan untuk permohonan kemaskini profil syarikat?

kelulusan mengambil masa 7 hingga 10 hari waktu bekerja. Mengikut terma dan syarat.

Berapakah kadar bayaran bagi permohonan kemaskini profil syarikat dengan MOF?

Sila rujuk Kadar Bayaran.

Apakah tindakan utama syarikat sebelum membuat permohonan kemaskini profil?

Memastikan maklumat perniagaan di profil SSM adalah benar dan terkini.

Bagaimana cara membuat permohonan kemaskini profil syarikat?

Isikan Borang Permohonan dan buat bayaran secara atas talian (online). Pegawai kami akan menghubungi anda untuk menguruskan permohonan tersebut.

Adakah tempoh sah laku sijil akan berubah selepas membuat permohonan kemaskini profil?

Tidak. Tempoh sah laku sijil akan kekal seperti sebelumnya. Namun syarikat akan diberikan sijil kewangan yang baru setelah permohonan diluluskan.

Bolehkan syarikat membuat perubahan nama pengarah atau staf selepas selesai permohonan baru?

Tidak. Maklumat pemilik/pengarah serta staf syarikat tidak boleh diubah dalam tempoh 6 bulan selepas permohonan baru diluluskan.

 

Jika ada sebarang pertanyaan sila whatsapp kami segera di talian 011-19525295 (klik number untuk whatsapp) atau anda boleh terus membuat pendaftaran di borang yang kami sediakan “Borang Pendaftaran“. Staff incharge akan segera hubungi anda pada hari yang sama anda membuat permohonan. Terima kasih

Shopping Cart