Cara Print Sijil SSM secara Online

Portal untuk para pemilik syarikat Cetak semula Sijil SSM / Maklumat Perniagaan (MyData @ e-Info)

SSM Ezbiz Online

Cara Cetak Semula Sijil SSM & Maklumat Perniagaan

Jika anda kehilangan SSM, kerosakan sijil, ingin update informasi syarikat, dan ingin dapatkan salinan tambahan SSM untuk cawangan perniagaan. Boleh cetak sijil ssm online melalui kami sebagai agen berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia. Sebelum itu, fahami dahulu dengan terperinci  sebab mengapa yang diperlukan untuk cetak kembali sijil SSM ini. Bagi mengelakkan kekeliruan anda, kami kongsikan dalam artikel ini.

Matlamat cetak sijil SSM online

Sijil SSM adalah bukti bahawa perniagaan atau syarikat telah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan mempunyai status yang sah. Tanpa sijil ini, perniagaan atau syarikat mungkin dianggap tidak sah atau tidak terdaftar, yang boleh memberi kesan negatif terhadap imej dan reputasi mereka. Selain itu, sijil SSM juga diperlukan dalam pelbagai urusan perniagaan dan pentadbiran. Contohnya, untuk membuka akaun bank korporat, sijil SSM adalah salah satu dokumen yang diperlukan. Tanpa sijil ini, bank mungkin tidak akan membenarkan perniagaan atau syarikat membuka akaun bank, yang akan menyulitkan urusan kewangan mereka. Sijil SSM juga diperlukan dalam urusan cukai, pematuhan perundangan, dan urusan perniagaan lain seperti memohon lesen dan kontrak dengan pihak ketiga.

Fungsi Sijil SSM dalam perniagaan Selain itu, sijil SSM juga berfungsi sebagai dokumen identifikasi yang sah untuk pemilik perniagaan atau syarikat. Ini kerana sijil ini mengandungi maklumat penting seperti nama perniagaan atau syarikat, nombor pendaftaran, alamat, dan butiran pemilik. Oleh itu, jika sijil ini hilang atau rosak, pemilik akan menghadapi kesulitan dalam membuktikan identiti mereka dan hak mereka sebagai pemilik perniagaan atau syarikat.

Mempunyai cawangan kedai yang banyak, memang perlu cetak sijil ssm online ezbiz yang banyak

Mengapa perlu cetak sijil SSM online

Kehilangan dan kerosakan   sijil  Pemilik perlu membawa sijil rosak tersebut ke Suruhanjaya Syarikat Malaysia untuk mendapatkan cetakan baru. Proses ini melibatkan mengemukakan sijil rosak, membayar yuran yang diperlukan, dan mengemukakan dokumen-dokumen sokongan seperti salinan kad pengenalan pemilik dan surat perakuan rosak dari pihak berkuasa yang berkaitan.

Reprint sijil SSM adalah penting bagi pemilik perniagaan atau syarikat yang telah kehilangan atau rosakkan sijil asal mereka. Sijil ini bukan sahaja membuktikan keabsahan perniagaan atau syarikat, tetapi juga diperlukan dalam pelbagai urusan perniagaan dan pentadbiran. Oleh itu, pemilik perlu mengambil langkah-langkah yang diperlukan untuk mendapatkan cetakan baru sijil SSM dari Suruhanjaya Syarikat Malaysia agar dapat melaksanakan perniagaan mereka dengan lancar dan sah.

Kemaskini  informasi perniagaan 

Dengan mengemaskini maklumat perniagaan dalam SSM, anda  dapat mengekalkan kepercayaan pelanggan. Pelanggan dan bakal pelanggan sering kali merujuk kepada SSM untuk mendapatkan maklumat terkini tentang perniagaan anda. Jika maklumat syarikat tidak dikemaskini, ia boleh menimbulkan keraguan dan ketidakpastian dalam minda pelanggan dan pemegang saham. Ini boleh merosakkan reputasi syarikat dan mengurangkan kepercayaan mereka terhadap syarikat.

Salinan sijil SSM tambahan 

Bagi perniagaan yang mempunyai banyak cawangan kedai, wajib memaparkan SSM dalam premis berlainan. Ini syarat wajib paparkan sijil SSM walaupun cawangan utama sudah memilikinya. Kegagalan memaparkan sijil SSM akan dikenakan tindakan undang-undang. Sebab itulah, anda perlu cetak sijil ssm online bagi simpanan cawangan lain. Tidak mempamerkan perakuan pendaftaran apabila disabitkan dengan kesalahan tersebut boleh didenda sebanyak RM2,000 atau dipenjara tidak melebihi 6 bulan atau kedua-duanya.

Jika saya mempuyai banyak cawangan, boleh ke sekadar photostat Sijil SSM?

Tidak boleh. Tidak mempamerkan perakuan pendaftaran apabila disabitkan dengan kesalahan tersebut boleh didenda sebanyak RM2,000 atau dipenjara tidak melebihi 6 bulan atau kedua-duanya. Anda juga perlu mempamerkan Sijil Pendaftaran Perniagaan di tempat yang mudah dilihat di premis perniagaan utama atau cawangan.

Di mana saya mahu dapatkan servis cetak sijil  ssm online ezbiz ?

Anda boleh mengisi borang kami di pautan reprint SSM Atau terus menghubungi kami menerusi whatsapp 011-19525295 untuk bantuan lanjut. Anda akan dilayan oleh staff kami yang berpengalaman. Staff kami akan membantu anda mengenai cetak semula Sijil SSM Staff kami juga akan memberikan layanan sebelum, semasa dan sehingga cetak semula sijil SSM.

Berapa lamakah proses cetak semula sijil SSM ?

Kemungkinan mengambil masa sekitar 10 hingga 20 minit. Selain itu, bergantung kepada hari bekerja . Iaitu waktu operasi 9.00 pagi sehingga 6.00 petang sahaja. ATAU mengikut kepada teknikal sistem.

Apa yang anda bakal dapat menggunakan servis daripada kami?

Anda dapat menjimatkan masa dan tenaga  untuk pergi beratur menunggu di  kaunter SSM. Dengan kami, anda terus dilayan oleh staff. Kami juga mempunyai hubungan rapat dengan SSM, jadi servis kami adalah pantas. Kami juga agen yang berdaftar dengan SSM. Dan paling penting, caj kami berpatutan dengan servis.

Mengapa servis cetak sijil SSM ini wujud?

Kami di Ezbiz ssm Online adalah agen yang berdaftar dengan Suruhanjaya Sijil Malaysia, ingin mudahkan kegiatan perniagaan anda dengan melantik kami sebagai agen yang menguruskan cetak sijil SSM bagi pihak anda.

Kenapa wujud permintaan cetak semula sijil SSM bagi pihak anda?

  1. Pemilik perniagaan tidak sanggup bazirkan masa untuk duduk menunggu di kaunter SSM. Mereka mahu selesaikan segera masalah tersebut.
  2. Pemilik sijil SSM tidak mahir untuk reprint sendiri, kerana perlu melalui proses yang rumit dan mengelirukan.
  3. Cabaran seterusnya, pemilik tersebut takut berlaku kesilapan untuk mengisi borang.Kesilapan boleh berlaku sewaktu proses mengisi borang tersebut. Majoriti pemilik perniagaan mengejar masa mereka, masa mereka lebih kepada perniagaan dan bukanlah berfokus kepada perkara ini. Ketiadaan masa untuk menguruskan cetak sijil ssm.
  4. Pemilik sijil SSM juga sukakan layanan secara personal. Iaitu terus melalui talian menerusi whatsapp yang lebih telus. Perbincangan 2 hala.
  5. Anda tidak perlu keluar rumah untuk ke kaunter. Tetapi, anda hanya perlu duduk di depan smartphone anda sahaja untuk berurusan dengan kami atas talian.

Justeru itu, seiring dengan perkembangan semasa. Majoriti pemilik perniagaan mahukan penyelesaian segera. Tidak mahu duduk di depan kaunter untuk mengisi borang tersebut, dan masa mereka juga bukan kearah pengurusan.  Mereka bukanlah individu berpengalaman dalam menyelesaikan masalah cetak sijil ssm ini. Oleh itu, kami di ezbiz online adalah agen yang berpengalaman dalam menyelesaikan hal-hal tersebut seperti mencetak semula sijil ssm ezbiz, pendaftaran  SSM, terminate SSM,  lesen kewangan MOF, dan renew SSM.  

CETAK SEMULA DOKUMEN PERNIAGAAN ANDA

Reprint SSM with CTC
Print SSM Certificate & Business Info (CTC)

Reprint SSM – Memudahkan pencetakan dalam talian sijil SSM & Maklumat Perniagaan (Certified True Copy – CTC): Dapatkan cetakan semula sijil SSM anda, yang menampilkan cetakan berwarna, termasuk kod bar untuk pengimbasan, dan diakui sebagai Certified yang sah Salinan Benar (CTC).

Cetak semula Sijil SSM / Maklumat Perniagaan (MyData @ e-Info)

Shopping Cart