Daftar Lesen Kewangan MOF

Daftar Lesen Kewangan MOF

LANGKAH-LANGKAH PENDAFTARAN LESEN KEWANGAN, KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA (MOF)

1. Mengisi borang permohonan

Pelanggan mengisi borang permohonan daftar lesen kewangan MOF yang terdapat di dalam laman web ini.

 

2. Permohonan di semak

Pihak kami akan menyemak borang permohonan dan akan memberi maklumat tentang syarat-syarat kelayakan tambahan yang perlu dipatuhi.

 

3. Dokumen di hantar

Pelanggan perlu menghantar dokumen yang diperlukan kepada pihak kami.

 

4. Permohonan di proses

Pihak kami akan menghantar borang permohonan yang lengkap untuk di proses oleh sistem perolehan Kementerian Kewangan Malaysia.

 

5. Penerimaan sijil lesen kewangan

Permohonan yang telah lulus akan mendapat sijil dan pihak kami akan menghantar sijil kepada pelanggan melalui whatsapp dan juga email.

 

Cara untuk daftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF)

Ianya adalah bergantung kepada jenis syarikat & kod bidang. Anda juga boleh terus mengisi borang pendaftaran lesen kewangan yang di sediakan, setelah mengisi borang pihak kami akan menghubungi anda pada hari yang sama selepas anda mengisi borang. Jika ada pertanyaan sila whatsapp kami untuk bantuan.

 

Entiti perniagaan yang boleh berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF)

Perniagaan milikan tunggal / perkongsian (enterprise), syarikat sendirian berhad, firma perundingan, persatuan, koperasi dan pertubuhan.

 

Adakah syarikat beralamat/beroperasi dari rumah boleh berdaftar?

Boleh, namun begitu ianya terhad untuk 30 jenis kod bidang MOF sahaja.

 

Adakah syarikat beralamat/beroperasi dari rumah boleh berdaftar?

Boleh, namun begitu ianya terhad untuk 30 jenis kod bidang MOF sahaja.

 

Berapa lama tempoh sah laku Lesen Kementerian Kewangan (MOF)?

Tempoh sah laku adalah 3 tahun. Anda perlu perbaharui Lesen Kewangan MOF sebelum tamat tempoh. Kegagalan memperbaharui lesen MOF akan menyebabkan pendaftaran akan terbatal.

Showing the single result

Shopping Cart