Pendaftaran SSM

Pendaftaran SSM

Daftar akuan SSM anda sekarang untuk memulakan perniagaan persendirian atau perkongsian. Anda hanya perlu mengisi borang pendaftaran, memuat naik dicuments yang di perlukan, membuat pembayaran dan kakitangan kami akan menghubungi anda dengan kadar segera.

Panduan Pendaftaran SSM Online bagi Peniaga Baru

Khusus buat mereka yang baru mulakan perniagaan, anda mesti keliru mahu membuat pendaftaran SSM online sama ada  Pemilikan Tunggal atau Perkongsian. Mungkin anda keliru dengan syarikat enterprise, ciri-ciri  dan perbezaan Milikan Tunggal dan Perkongsian. Dan, lebih parah lagi anda tidak tahu untuk mendaftar SSM bagi perniagaan.  Jangan risau, kerana dalam artikel ini  kami akan jelaskan  panduan pendaftaran SSM online. Bagaimana daftar SSM online ezbiz, syarat daftar SSM, dan SSM daftar online dan apakah jenis perniagaan yang boleh didaftarkan di SSM.

Panduan pendaftaran SSM bagi peniaga baru

Syarikat Enterprise mempunyai 2 jenis pemilikan jadi sebelum mendaftar perniagaan di SSM anda wajib ketahui perbezaan Milikan Tunggal dan Perkongsian.

Di bawah enterprise terdapat 2 jenis pemilikan iaitu Milikan Tunggal dan Perkongsian.

Milikan Tunggal

Antara ciri milikan tunggal :

  1. Perniagaan yang didaftarkan menggunakan nama seperti di Kad Pengenalan. Sebagai contoh, Ali Bin Abu.
  2. Pemiliknya adalah seorang sahaja, iaitu empunya nama.
  3. Segala modal, keuntungan, kos, dan kerugian ditanggung oleh pemiliknya.

Pemilikan Perkongsian 

Berikut merupakan ciri-ciri perniagaan perkongsian :

  1. Pemilikan perkongsian yang boleh didaftarkan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia dari 2 orang sehingga 20 orang dalam satu syarikat.
  2. Segala keuntungan, kos, dan kerugian ditanggung oleh bersama rakan perkongsian.
  3. Selain berkongsi modal, turut berkongsi pengalaman, kepakaran, dan pengetahuan di dalam syarikat.

Ok, sekarang anda sudah ketahui perbezaan Milikan Tunggal dan Perkongsian. Sekarang anda juga perlu ketahui kelebihan dan kekurangannya pula.

Kelebihan Milikan Tunggal 

  1. Mudah ditubuhkan.
  2. Modal yang kecil.
  3. Mudah diuruskan.
  4. Bebas menguruskan perniagaan.
  5. Cukai perniagaan adalah rendah.
  6. Cukai dikenakan atas individu.

Kekurangan Milikan Tunggal 

  1. Diurus oleh individu persendirian.
  2. Sukar berkembang disebabkan modal yang kecil.
  3. Perniagaan tidak diteruskan jika pemilik meninggal dunia.
  4. Sukar berkongsi kepakaran.
  5. Liabiliti  terhad.

Perkongsian 

Kelebihan perniagaan perkongsian :

  1. Modal menjadi besar apabila digabungkan bersama rakan perkongsian.
  2. Mudah ditubuhkan.
  3. Risiko perniagaan dikongsi bersama.
  4. Cukai yang rendah.

Kekurangan perniagaan perkongsian :

  1. Penamatan perniagaan boleh berlaku bila-bila masa jika salah seorang ahli meninggal dunia.
  2. Perselisihan faham antara rakan kongsi.
  3. Setiap keputusan mestilah mendapat persetujuan bersama.
  4. Liabiliti tidak terhad.

Jika anda sudah ketahui kelebihan, kekurangan antara Milikan Tunggal dan Perkongsian. Anda sudah boleh mula mendaftar perniagaan bersama kami.

pendaftaran ssm online
Staff kami akan memberikan respon di whatsapp bagi layanan urusan pendaftaran ssm online tersebut.

Daftar SSM online EzBiz

Sebelum anda berjaya membuat pendaftaran SSM online, ada bahagian penting sebelumnya iaitu di bahagian daftar Ezbiz.

Apa itu EzBiz? 

Pendaftaran perniagaan secara atas talian yang disediakan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia ( SSM ) . Bantu  membolehkan pengguna melakukan pendaftaran baharu, mendaftar perubahan, memperbaharui dan menamatkan pendaftaran perniagaan.

 Bagaimana untuk menggunakan Ezbiz?

  1. Kunjungi laman web kami untuk urusan pendaftaran SSM .
  2. Semua pemilik perniagaan / rakan kongsi mesti mendaftar dan disahkan sebagai pengguna Ezbiz Online.

Apakah syarat daftar SSM

Berikut merupakan syarat pendaftaran perniagaan baharu. Antara syarat daftar SSM ialah :

  1. Di bawah peruntukan Seksyen 5 Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 (ROBA 1956) menetapkan bahawa perniagaan mesti didaftarkan tidak lewat daripada 30 hari dari perniagaan bermula.

Pendaftaran hendaklah dikemukakan kepada Pendaftar/SSM.

2. Perniagaan berdaftar mesti mematuhi Seksyen 2 (Perniagaan Tafsiran) ROBA 1956 dan tidak boleh terlibat dalam sebarang amal/kebajikan aktiviti dan apa-apa kerja yang dinyatakan dalam Jadual (Seksyen 2)

3. Perniagaan mesti beroperasi di Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan.

4. Pemilik atau rakan kongsi mestilah warganegara Malaysia (MyKad) atau pemastautin tetap (MyPR) dan mestilah berumur sekurang-kurangnya 18 tahun.

Panduan cara daftar SSM secara online

Pendaftaran boleh dilakukan  dengan 2 jenis pemilikan perniagaan iaitu  atas nama sendiri  atau pilihan lain dengan  nama perniagaan dagangan Komersial.

Sebagai contoh  Abu Bin Ali. Nama yang digunakan adalah nama seperti dalam kad pengenalan ini adalah nama peribadi yang digunakan. Pemilihan nama menggunakan Kad Pengenalan mudah kelulusannya, berbanding dengan nama dagangan komersial untuk mendaftar perniagaan baru.

Manakala nama dagangan Komersial pula seperti Restoran Selera, Maju Kontraktor, dan Nirmala Trading dan Services. Kesimpulannya, anda perlu tahu dahulu untuk pemilihan nama sebelum daftar SSM online ini.

  1.  Jenis/aktiviti perniagaan berdaftar mestilah sesuai dengan nama perniagaan, tidak menyalahi undang- undang, mematuhi keselamatan persekutuan
  2. Cawangan perniagaan berdaftar (jika ada) mestilah tidak sama dengan alamat perniagaan utama dan mana-mana cawangan lain.

Bagaimanakah jika saya tidak tahu membuka akaun Ezbiz?

Staff kami akan membantu anda dengan urusan pendaftaran perniagaan SSM.

Apakah dokumen diperlukan untuk pendaftaran SSM Online?

  1. Pertama sekali, anda terus ke Daftar SSM
  2. Setelah anda klik pautan Daftar SSM. Antara dokumen yang diperlukan adalah seperti berikut :
  1. Kad Pengenalan bahagian depan
  2. Kad Pengenalan bahagian belakang
  3. Gambar anda memegang bersama Kad Pengenalan ( iaitu dengan cara anda bergambar dengan Kad Pengenalan secara jelas memaparkan muka anda. )
  4. Dokumen lain seperti Lesen Memandu, Sijil Nikah, Sijil Lahir,  Bil Api dan Elektrik . Ini adalah sokongan sahaja.

Adakah saya perlu hadir ke SSM, jika membuat pendaftaran SSM dengan agen ? 

Tidak. Pendaftaran SSM Online adalah secara atas talian. Anda perlu lengkapkan Borang Janji Temu  Pengesahan Pengguna SSM dan membuat pengesahan pengguna dalam tempoh  3 hari.

Sebelum pengaktifan  akaun pengguna  di lakukan, anda akan dihubungi oleh Pegawai SSM sendiri menerusi panggilan video di Whatsapp mengikut tarikh temu janji.

Bagaimana Cara  isi Borang Janji Temu Pengesahan Pengguna EzBiz Online 

Lengkapkan maklumat dengan mengisi Nama, Nombor Kad Pengenalan, Nombor Telefon, Emel, Nombor Rujukan EzBiz, Janji Temu Pejabat SSM, Tarikh Janji Temu, Masa Janji Temu, dan tandakan di bahagian kotak pengesahan dengan maklumat diberikan adalah benar.

Apabila maklumat lengkap, klik hantar untuk submit Janji Temu. 

Anda akan menerima satu emel daripada SSM dan boleh membuat semakan emel tersebut. 

Maklumat tambahan sewaktu sesi Janji Temu bersama Pegawai SSM : 

  1. Mestilah mengenakan pakaian sopan. 
  2. Bersedia dengan Tarikh Janji Temu dan Masa Janji Temu yang ditetapkan.
  3. Mesti sediakan Kad Pengenalan di sebelah. 
  4. Bersedia dengan soalan-soalan sekuriti. 

Berapa lama saya perlu menunggu kelulusan untuk pendaftaran EzBiz?

Anda boleh menunggu kelulusan dari 2 hingga 5 hari waktu bekerja. Anda akan dihubungi, jika pendaftaran kekurangan maklumat.

Berapa lama saya perlu menunggu kelulusan untuk mendapatkan Pendaftaran SSM?

Kelulusan dari 2 hingga 5 hari bekerja.

 Sekiranya pendaftaran SSM Online, lulus. Bagaimanakah proses ? seterusnya

Anda akan menerima email daripada pihak kami dan menandakan perniagaan anda berjaya didaftarkan dalam sistem Syarikat Suruhanjaya Malaysia ( SSM ) . Sijil SSM akan diberikan dalam emel tersebut.

 

Secara kesimpulannya, pendaftaran SSM online telah mudahkan urusan mereka sebagai peniaga baru yang ingin mulakan kegiatan perniagaan. Dengan cara pendaftaran SSM ini, masa mereka dapat dijimatkan untuk keluar dan menunggu di kaunter SSM. Selain itu,  sesuai dengan perkembangan dunia menggunakan teknologi yang ada, semuanya di hujung jari.  Mahukan bantuan daripada staff kami mengenai pendaftaran SSM, sila whatsapp kami.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *